Tuesday, December 30, 2008

ICR GRADING? ICR SCALE?

ICR adalah singkatan nama bagi Institute of Colustrum Research.Misi Institut ini adalah untuk mengetahui dengan lebih mendalam tentang kolustrum dan menolong didalam menjana serta meninggikan mutu hidup manusia sejagat.Tujuan diadakan Institut ini adalah untuk mengumpul data tentang kolustrum serta mengadakan ujikaji terhadap keberkesanan kolustrum sebagai makanan asas yang sihat atau sebagai sumber nutrisi untuk kegunaan terapeutik.
"Grading" atau pengkelasan mutu kolustrum dibuat oleh ICR adalah untuk kepentingan pengguna supaya mereka dapat mengetahui mutu produk kolustrum yang mereka dapati dari syarikat pemasaran yang berlainan.Dengan ini pengguna dapat membuat keputusan yang terbaik didalam memilih produk kolustrum yang bermutu tinggi.


"ICR Quality scale" adalah skala yang dicipta untuk membuat perkiraan tentang kualiti produk kolustrum. Indikator asas kualiti kolustrum adalah seperti dibawah


Key Quality Indicators (KQI's) of colostrum are as follows:

1) Pasteurization
Semua produk kolustrum haruslah melewati proses pempasteuran.
APA DIA SUSU PASTEUR?
Susu yang telah dirawat pada suhu yang tinggi merigikut salah satu kaedah pempasteuran berikut;
# Kaedah Holding; Suhu susu dinaikkan kepada 63o-65oC dan dikekalkan selama 30 minit dan disejukkan secepat mungkin kepada suhu 3o- 4o C sebelum dipek dan disimpan.
# Kaedah Suhu Tinggi Masa Singkat; Suhu susu dinaikkan kepada tidak kurang daripada 72oC dan dikekalkan selama 15 saat dan disejukkan secepat mungkin kepada suhu 3-4oC sebelum dipek dan disimpan.
Jika susu tidak dipasteur susu akan rosak dimana di dalam susu terdapat banyak globul-globul lemak, yang mana kandungannya juga termasuk enzim lipase. Apabila dinding globul pecah, enzim-enzim ini akan bebas dan akan menguraikan lemak menjadikan susu berubah rasa menjadi masam.Susu yang rosak adalah tidak sihat untuk digunakan.
2) Low Temperature Processing
Pempasteuran adalah pemprosesan yang biasa dilakukan untuk “susu segar”. Susu pasteur hendaklah sentiasa disimpan pada suhu, 3 -4o C.Kolustrum yang diproses tidak boleh terdedah kepada suhu yang tinggi kerana ini akan merosakkan kualiti kolustrum.

3) Immunoglobulins Value - levels of IgG, IgA, and IgM.
Pada masa ini kepekatan Ig G yang tertinggi menentukan kualiti kolustrum yang baik.

4) Growth Factor Values - IGF, TGF, TNF, EGF
Nilai nilai ini akan rosak serta rendah jika terdedah pada suhu tinggi.

5) Immune Factors - Lactoferrin, Cytokines, Lysozyme, Lactoperoxidase

6) Environmental Factors Influencing Quality

7) Quality Manufacturing

8) Additives

9) Solubility (Dispersibility)

10) Science

Halal?



Produk Alphalipid Lifeline ini dihasilkan di New Zealand dan dibungkus didalam kemasan yang kita lihat sekarang ini di bumi New Zealand.Sememangnya LOgo halal yang dikeluarkan oleh JAKIM tidak tertera di tin tersebut tetapi adalah logo HALAL dari N.Z Islamic Processed Food Management,satu daripada Badan-badanIslam yang diiktiraf oleh JAKIM

Jika anda ingin menetahui lebih lanjut lagi sila layari laman web ini
http://www.halal.gov.my/montaj/badanislamterkini.pdf

Monday, December 29, 2008

Why do you need Alpha lipid?


Alpha Lipid™
- the ultimate colostrum delivery system

Doctors and scientists have long recognised the importance of colostrum as the first food for newborn mammals. During the last decade, they have also begun to study the other bio-active ingredients in milk, such as Lipid.

Alpha Lipid™ Colostrum is finest grade colostrum containing significant levels of immunoglobulins and growth factors, fortified with complex lipids in the form of gangliosides and phospholipids.
Both phospholipids and gangliosides are important in brain function and development.

Gangliosides also help protect the gut from infection and disease. Gangliosides are key components of the plasma membrane of all human cells and are particularly in the nervous system. They play an important role in cell to cell recognition, cell signalling and cell
growth. In Alpha Lipid™ Colostrum, the ganglioside is GD3. GD3 is the predominant ganglioside in human colostrum. Gangliosides are particularly important in human brain development up to the age of five.

Recent studies suggest gangliosides could be involved in the activation of T-cells which play a key role in the bodyĆ­s first line of defence against pathogen invasion. Phospholipids help in increasing brain function, and have been associated with improved memory. They have also been shown to elevate moods and reduce the symptoms of depression. Alpha Lipid™ also helps confer additional dispersability and protection of the IgG (immunoglobulin) molecule. Alpha Lipid™ is an effective protector and carrier of all the vital (and fragile) nutrients in colostrum. It significantly increases bioavailability to the body during the journey through the digestive tract and assimilation through the mucous lining. Alpha Lipid™ appears to greatly enhance the effectiveness of basic colostrum.


If you wish to know better do email me at drazhar888@yahoo.com

Wednesday, December 10, 2008

Immunoglobulin E



IgE terdiri dari 2 rantai L dan 2 rantai h jenis epsilon.
Seperti IgM rantai H IgE mempunyai satu domain CH lebih. Domain ini membolehkan IgE bergabung dengan afiniti tinggi kepada reseptor (reseptor Fce) pada permukaan sel mast dan basofil. Apabila antigen bergabung dengan IgE yang sedia tergabung pada permukaan sel mast atau basofil, ia akan mengaruh pembebasan bahan aktif yang terlibat dalam gerak balas alergi.
IgE dikenali sebagai antibodi reaginik. Kepekatannya dalam serum adalah paling rendah.
Separa hayatnya dalam serum ialah 2 hari. IgE tidak mengaglutinat atau mengaktifkan pelengkap tetapi berperanan dalam perlindungan terhadap sesetengah parasit seperti helmin( cacing)

Immunoglobulin D


Ig D mula dikenali oleh para saintis pada tahun 1965, tetapi malangnya hanya sedikit diketahui tentang tugas utama Immunoglobulin ini.Ianya mula dikaji setelah penemuan nya didalam pesakit Multiple Myeloma.
Separa hayatnya adalah 2.8 hari
Molekul IgD terdiri dari 2 rantai L dan 2 rantai H jenis delta dan wujud sebagai monomer. Kepekatannya dalam serum amat rendah mungkin kerana ia tidak dirembeskan oleh sel plasma.I gD diekspres bersama IgM pada permukaan sel B matang dan berfungsi sebagai reseptor sel B.a juga amat senang dibinasakan oleh proses proteolisis .

Immunoglobulin A




( Rajah menunjukkan sintesis IgA dimer oleh sel plasma. IgA kemudian bergabung dengan reseptor poli-Ig yang mengangkut IgA melalui sel epitelium. Reseptor ini dipotong oleh enzim dan membentuk komponen rembesan.)

IgA ialah antibodi utama dalam rembesan luar seperti air liur, peluh, cecair usus dan perut, mukus serta air mata.
Selain itu ia juga antibodi utama dalam kolostrum dan susu. Oleh itu ia penting untuk membekalkan keimunan kepada neonat dan bayi.
Molekul IgA terdiri dari 2 rantai L dan 2 rantai H jenis alpha.
Secara keseluruhan IgA merupakan antibodi yang paling banyak dalam tubuh.
IgA dalam serum mempunyai separa hayat 5.5 hari dan wujud dalam bentuk monomer. Kebanyakan IgA terdapat dalam rembesan.
Dalam rembesan IgA wujud dalam bentuk dimer yang terdiri dari 2 molekul IgA yang dihubungkan oleh satu rantai J (sama seperti yang terdapat pada IgM pentamer) yang dihasilkan oleh sel plasma. Apabila IgA dimer dihasilkan oleh sel plasma ia bergabung dengan reseptor poli-Ig pada membran dasar sel epitelium berhampiran. Reseptor ini mengangkut molekul IgA melalui sel epitelium dan membebaskannya dalam cecair luar sel.
Oleh kerana ia wujud dalam rembesan IgA penting sebagai pertahanan imunologi utama terhadap infeksi pada saluran pernafasan dan gastrousus. Ini berlaku kerana keupayaannya menghalang perlekatan dan kemasukan organisma kepada permukaan epitelium. IgA tidak boleh mengaktifkan pelengkap tetapi mempunyai aktiviti bakterisid (membunuh bakteria) terhadap bakteria Gram negatif dalam kehadiran lisozim.

Immunoglobulin M



IgM ialah imunoglobulin pertama terhasil selepas pendedahan terhadap antigen. IgM adalah molekul pentamer iaitu ia terdiri dari 5 unit imunoglobulin yang setiap satu terdiri dari 2 rantai L dan 2 rantai H (mu).
Semua unit-unit ini digabungkan oleh ikatan dwisulfida pada bahagian Fc, dan satu polipeptid yang dipanggil rantai J
Kebanyakan IgM dalam serum wujud dalam ruang intravaskular. Kepekatannya dalam darah adalah kedua paling banyak selepas IgG. Separa hayatnya lebih kurang 5 hari.
IgM juga terdapat pada permukaan sel B limfosit (sel darah putih B)matang. IgM tidak melintasi plasenta tetapi ia merupakan antibodi pertama yang boleh dihasilkan oleh janin.
IgM adalah antibodi pengaglutinat (agglutination atau penggumpalan antigen partikulat (tak larut) seperti mikroorganisma) yang efisien kerana struktur pentamernya membolehkan pembentukan perhubungan dengan antigen dengan lebih berkesan.

Dalam darah isohemaglutinin, iaitu antibodi terhadap antigen ABO darah yang wujud secara semula jadi, terdiri dari IgM.
* A. Sistem ABO
Penjenisan darah diasaskan oleh Karl Landsteiner (1901) yang menunjukkan kehadiran antigen kumpulan darah (pada eritrosit) serta antibodi terhadap antigen-antigen ini dalam serum. Beliau mengambil darah dari kakitangan makmalnya dan mengasingkan serum dari darah setiap sampel. Serum dari setiap individu dicampurkan dengan eritrosit individu lain dan didapati sesetengah serum mengaglutinat eritrosit dari sesetengah individu lain. Landsteiner mengumpulkan mereka kepada beberapa kumpulan. Individu kumpulan A mempunyai antigen yang dipanggil A pada eritrosit mereka, dan antibodi terhadap antigen lain yang dipanggil B dalam serum. Individu kumpulan B mempunyai antigen B pada eritrosit dan antibodi anti-A dalam serum. Kumpulan O tidak mempunyai antigen A atau B pada eritrosit tetapi mempunyai kedua-dua anti-A dan anti-B dalam serum. Kumpulan AB mempunyai kedua-dua antigen A dan B pada eritrosit tetapi tiada anti-A atau anti-B dalam serum.
(Untuk lebih memahami sistem ABO ,sila klik gambarajah )
Antibodi anti-A dan anti-B yang wujud semula jadi dalam serum dipanggil isohemaglutinin dan akan mengaglutinat eritrosit yang mempunyai antigen A dan B masing-masing. Oleh itu, sebagai contoh, individu yang mempunyai darah jenis A mempunyai isohemaglutinin yang akan mengaglutinat eritrosit dari individu berdarah jenis B atau AB. Individu berdarah jenis AB tidak mempunyai isohemaglutinin terhadap antigen ABO, dan oleh itu boleh menerima sebarang jenis darah tetapi hanya boleh menderma darah kepada individu yang berdarah jenis AB. Mereka dikenali sebagai penerima umum (universal recipients). Mereka yang berdarah jenis O (penderma umum) boleh mendermakan darah kepada sebarang individu tetapi hanya boleh menerima darah jenis O kerana terdapat isohemaglutinin anti-A dan anti-B dalam serum mereka.

Struktur pentamer IgM juga menjadikannya amat efisien mengaktifkan pelengkap, tetapi ia kurang berkesan meneutralkan toksin.
*system pelengkap/complement system
Istilah "complement" (pelengkap) diperkenalkan oleh Paul Ehrlich untuk menerangkan aktiviti yang terdapat dalam serum yang boleh "melengkapkan" aktiviti antibodi spesifik melisiskan bakteria. Pelengkap terdiri dari tidak kurang dari 30 protein. Aktivitinya dimusnahkan dengan perlakuan haba 56oC selama 30 min. (perlakuan ini tidak memusnahkan aktiviti antibodi). Aktiviti-aktiviti yang diperantarakan oleh pelengkap termasuk pengopsoninan (opsonization), lisis, penarikan leukosit ke tapak keradangan (chemotactic attraction), pengaktifan leukosit dan pemprosesan kompleks imun.
Protein-protein pelengkap bertindak bersama dan berurutan: pergabungan satu protein akan membolehkan pergabungan protein berikutnya, dan berakhir dengan pembentukan kompleks serangan membran yang akan melisiskan sel sasaran.
Terdapat 3 tapak jalan pengaktifan pelengkap: Tapak jalan klasik (classical pathway) dicetuskan oleh kompleks imun yang terdiri dari antigen dan antibodi (lazimnya IgG atau IgM). Tapak jalan pilihan (alternative pathway) diaktifkan oleh bahan-bahan seperti polisakarida dan struktur polimer yang terdapat pada bakteria. Tapak jalan lektin (lectin pathway) merupakan tapak jalan pengaktifan yang terbaru ditemui dan mempunyai banyak persamaan dengan tapak jalan klasik