Wednesday, December 10, 2008

Antibodi / Immunoglobulin?


Kolustrum semulajadi adalah cecari pra-susu yang dihasilkan oleh mamalia yang melahirkan anak dalam masa 48jam pertama. Ianya mengandungi khasiat yang lebih tinggi daripada susu.
Ia membekalkan faktor imun untuk menyokong kehidupan dan faktor pertumbuhan bagi menjamin kesihatan dan daya hidup kepada yang baru lahir.
Komposisinya terdiri dari faktor imuniti ( sepert imunoglobulins), lactoferin, lactalbumin, glycoproteins, cytokines dan lain-lain yang berkisar untuk melawan virus, bakteria, kulat, allergik dan toksin.
Apakah itu immunoglobulin/antibodi?

Antibodi juga dikenali sebagai immunoglobulin dengan singkatan Ig adalah gamma globulin protien yang terdapat didalam darah atau lelehan badan vertebrata (spesies bertulang belakang seperti manusia , lembu dan sebagainya Ianya digunakan untuk sistem pertahanan badan mengenalpasti serta menuetralkan ancaman kepada imuniti badan seperti virus dan bakteria.
Dari segi strukturnya ianya terdiri dari molekul imunoglobulin mempunyai struktur asas yang terdiri dari 2 rantai ringan atau rantai L (light chain_kappa dan lamda) yang seiras dan 2 rantai berat atau rantai H (heavy chain, jenis G, M , E , A dan D ) yang seiras. Rantai-rantai ini digabungkan oleh ikatan-ikatan dwisulfida (disulfide bonds).
Antibodi dihasilkan oleh sejenis sel darah putih yang dikenali sebagai B limfosit.Jenis antibodi bergantung kepada rantai H (berat )yang menjadi struktur asas antibodi tersebut. Hasilnya terdapat beberapa kelas antibodi ,yang lebih dikenali sebagai Isotip (Isotype) berdasarkan jenis rantai H yang menjadi struktur antibodi tersebutiaitu sebagai contoh : Ig G mempunyai 2 rantai H jenis G dan dua rantai L ,kappa dan lamda .
Terdapat 9 jenis Isotip yang didapati didalam sistem imuniti mamalia ,dimana setiap satu isotip berfungsi untuk tugas tertentu dan menolong antara satu sama lain didalam mengarah tindakbalas imuniti terhadap ancaman ancaman yang mungkin mengegarkan sistem imuniti badan.Isotip yang dimaksudkan adalah:

Heavy Chain
α - IgA 1, 2
δ - IgD
γ – IgG 1, 2, 3, 4
ε – IgE
μ - IgM
Light Chain
κ (kappa)
λ (lamda)

No comments: