Wednesday, December 10, 2008

Immunoglobulin E



IgE terdiri dari 2 rantai L dan 2 rantai h jenis epsilon.
Seperti IgM rantai H IgE mempunyai satu domain CH lebih. Domain ini membolehkan IgE bergabung dengan afiniti tinggi kepada reseptor (reseptor Fce) pada permukaan sel mast dan basofil. Apabila antigen bergabung dengan IgE yang sedia tergabung pada permukaan sel mast atau basofil, ia akan mengaruh pembebasan bahan aktif yang terlibat dalam gerak balas alergi.
IgE dikenali sebagai antibodi reaginik. Kepekatannya dalam serum adalah paling rendah.
Separa hayatnya dalam serum ialah 2 hari. IgE tidak mengaglutinat atau mengaktifkan pelengkap tetapi berperanan dalam perlindungan terhadap sesetengah parasit seperti helmin( cacing)

No comments: