Wednesday, December 10, 2008

Immunoglobulin G



Antibodi yang paling banyak wujud dalam darah, cecair limfa, cecair serebrospinal dan cecair peritoneum.
Molekul IgG terdiri dari 2 rantai H jenis gamma dan 2 rantai L (kappa atau lamda) yang digabungkan oleh ikatan dwisulfida.Dalam manusia terdapat 4 subkelas IgG iaitu IgG1, IgG2, IgG3 dan IgG4.
Separa hayat IgG adalah paling panjang antara semua isotip imunoglobulin iaitu lebih kurang 23 hari (kecuali IgG3 yang mempunyai separa hayat 7 hari). Ini menjadikan IgG antibodi paling sesuai untuk pengimunan pasif melalui pemindahan antibodi.
IgG (kecuali IgG2) merupakan satu-satunya isotip antibodi yang boleh melintasi plasenta (uri). Ini membolehkan ibu memindahkan keimunan kepada janinnya.anin dan neonat (bayi baru lahir) bergantung kepada antibodi daripada ibu untuk mendapatkan keimunan kerana keupayaanya untuk menjana IgG sendiri hanya bermula 3-4 bulan selepas kelahiran. IgG juga merupakan antibodi yang bertindak sebagai opsonin, iaitu ia memudahkan proses fagositosis.
( Fagosit: Fagositosis ialah proses penelanan dan pemusnahan bahan-bahan partikulat termasuk bahan asing seperti bakteria. Ada beberapa jenis sel yang boleh melakukan fagositosis. Ini termasuklah leukosit polimorfonukleus (granulosit) dan monosit/makrofaj yang merupakan fagosit khusus atau profesional. Banyak mikroorganisma menghasilkan bahan-bahan yang menarik sel-sel fagosit (chemotactic factors, chemoattractants). Proses fagositosis boleh bertindak secara tak spesifik dalam keimunan semula jadi.Proses fagositosis: Fagosit mungkin tertarik ke tempat-tempat di mana berlaku gerak balas keradangan. Ini dipanggil kemotaksis. Apabila tiba di tempat keradangan fagosit akan mengcam agen infeksi kemudian bergabung melalui reseptor pada permukaannya. Reseptor-reseptor ini membolehkan fagosit bergabung secara tak spesifik dengan banyak mikroorganisma. Pergabungan ini akan tertingkat jika bahan tersebut diselaputi oleh opsonin. Contoh opsonin termasuklah komponen pelengkap C3b dan antibodi spesifik.)
IgG juga sangat berkesan meneutralkan toksin seperti tetanus dan botulinus, serta menyahaktifkan racun ular (venom) melalui pergabungannya kepada tapak aktif toksin. Ini menjadikan IgG amat sesuai untuk pengimunan pasif terhadap toksin dan venom.
IgG amat berkesan menghentikan pergerakan bakteria motil melalui tindak balasnya dengan antigen pada flagela dan silia mikroorganisma. Selain itu IgG juga efisien meneutralkan virus melalui pergabungannya kepada antigen permukaan virus yang terlibat dengan pergabungan virus kepada reseptor pada permukaan sel sasaran.

No comments: